Memori Gelanggang

16 Apr

Kala aku di gelanggang, petah lidah berbicara
Lantang suara menegas
Lembut suara menyokong
Pantas tangan menepis membidas.

Kala aku di gelanggang,
Lembut jari beralun
Lincah gerak langkah kaki disusun
Mengikut ombak lagu dipasang.

Kala aku di gelanggang,
Merdu suara ibarat burung
Tinggi titik bisa disentuh
Rendah dasar bisa dialun.

Kala aku di gelanggang,
Berpuluh watak menjadi tontonan.
Ekspresi wajah dihayati
Jalan cerita mencapai kejayaan.

Untuk berkata sayang
pada gelanggang yang menjadi hidupku,
Terlalu sayang
hingga tak mampu ku ungkap bersama susunan aksara kerana lidahku,

beku.

Di situlah terletak jiwaku.
Di situlah kekuatanku.
Pemangkin semangat kala hidupku haru biru
Kerana aku tahu, gelanggang masih milikku.

Harus ku ucap salam pada ruang gelanggang
yang sebenarnya masihku sayang.
Lemah sendi tanpanya
Luruh jantung merinduinya.

Kerana aku mencari cinta
beribu batu sebelum ia ditemui.
Jauh kaki melangkah demi cinta
jauh lagi pengorbanan harus diberi.

Aku percaya,
Janji itu pasti.
Aku tahu,
Gelanggang bakal menjadi milikku semula.

Salam peninggalan gelangggang dan memorinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: